Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha, satu majlis korban telah diadakan di perkarangan Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang, Melaka pada 02.09.2017 (Sabtu). Majlis yang bermula pada jam 09.30 pagi telah berakhir pada 11.30 pagi. Kerja penyembelihan, melapah dan agihan daging telah dilakukan secara gotong-royong oleh kakitangan. Pada majlis tersebut sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan dan daging tersebut telah diagihkan kepada golongan asnaf, kakitangan dan penduduk setempat.
""